School & work.

Maryam seorang kanak-kanak yang kebanyakkan masanya susah nak tidur. Dia suka menggaru-garu dulu, dia suka menyanyi-nyanyi dulu, dia suka sembang-sembang dulu. Tiap kali nak tidurkan dia, mesti ada 'perang dingin' antara aku dengan dia.

Salah satu cara aku selalu cakap kat dia adalah, 'Tidur lah Maryam. Esok nak school. Ibu nak work'. Dia akan cakap balik, 'schooooool'. Perkataan 'work' dia tak pernah lagi sebut. Maybe lidah belum sampai seru.

Satu malam tu, bila dah lama tak sembang dengan dia time nak tidur (kerana lately cuaca panas, dia layan menggaru je taknak sembang!), aku pun cakap..

'Tidur lah Maryam. Esok Maryam nak pergi mana?'

'Schhhooooooool', jawab dia muncung sambil guling badan sana sini. 

'Ibu nak pergi mana?' Aku cuba.

'Babu work'. 

Ya Allah excited gila kot aku time tuuu. Sengih je sebab dia dah pandai sebut. Over tau.