SPALDING.

Situasinya di dalam kereta, ketika dalam perjalanan balik ke rumah.

Maryam nampak huruf SPALDING di lengan baju Ayahnya. Lalu, dia pun test power menyebut satu per satu huruf yang dia nampak. Namun begitu, dia tak sebut mengikut urutan. Dia sebut ikut suka hati dia.

'D'. 
'A'. 
'P'. 
'N'. 
'I'.. 'NGO'.
'B. I. N. G. OOOOOO'.

Tiba-tiba dia sambung nyanyi lagu BINGO............ -_____-

Anak Tok Gajah.

17.06.2015

Malam semalam tengah busy aku iron baju untuk dinner pejabat, kedengaran suara nyaring empunya si kecil mendendangkan sebuah lagu. Lagunya lebih kurang begini, 'o ale ale, ale ale, dok dajahku (tok gajahku)'.

Persoalan sekarang, sejak bila Maryam pergi stadium ni?

Swan or duck?

Untuk certain nama objek/haiwan, Maryam sudah sedia maklum dan kenal. Satu petang, kami membaca sama-sama.

'One apple'.

Dia pun ikut, 'one apple'.

'Two flowers'.

Dia pun ikut, 'two fower (flowers)'.

'Three swans'.

Dia pun ikut, 'three DUCKS'.

Pfttttt.

Potty training.

09.06.2015

Petang tu, aku sampai awal di taska. Baru aku tahu kenapa Maryam lately tak nak pakai pampers. Rupanya kawan baik dia si Fayyadh dan beberapa kawan yang lain dah tak pakai pampers. Jadi, balik rumah, secara automatik aku cuba train dia.

'Maryam kalau nak shishi, bitau ok?'

'Okay', sahutnya.

'Maryam kalau nak beyak, bitau ok?'

'Okay', sahutnya.

So, ayat tu lah aku dok ulang kali malam tu.

Satu ketika aku tengah sibuk membaca, dia yang tengah main-main dengan Ayahnya, datang dekat aku dan cakap nak shishi dan beyak. Aku tanya dia, betul ke tidak sambil tanggalkan seluar dia. Dia taknak tanggalkan seluar dan aku tanya lagi, acap kali. Agaknya dia berdebar nak hadap toilet bowl (sebelum tu masa mandi aku dah test dia letak atas tu, dan dia tak selesa), dia buat keputusan menggelengkan kepala. Aku pun percaya lah yang dia tak nak shishi dan beyak.

Lepas dari tu, dia sambung bermain. Time aku ke dapur kejap, dia mintak susu. Lepas dah ready susu, aku nak pass ke dia, aku nampak dia tengah macam meneran. Dan aku syak dia shishi.

'Maryam shishi yeee. Ngape tak cakappp? Tadi Ibu cakap apa, kalau nak shishi cakap kann?', nada seorang ibu bernama aku. HAHA. Aku ibu yang garang kot.

Maryam berdiri senyap je. Takde suara. Pandang je aku yang tengah membebel. Agaknya pada satu tahap aku membebel ke dia dan tertinggi suara, dia tiba-tiba menangis sambil sambung shishi. Patut lah selama ni kalau tengok cerita, ada orang ketakutan sambil terkucil. Sekarang ni berlaku depan mata aku. Dalam hati nak ketawa tapi tak jadi. Kesian plakk Maryam.

Aku pun slow down nada, dan bawa dia ke tandas. Buka seluar dan tadaaaaa, betul rupanya dia nak shishi dan beyak. Nasib laa tak beyak cirit.

Perghhh, my first experience.

Pencair hati.

Satu malam, 'Babu, nak susu'.

'Okay'.

Dah siap bancuh susu, 'Nah, susu. 'Bi' situ', sambil aku tunjukkan bantal. 'Bi' adalah maksud kepada 'baring'. Aku tak tahu macam mana dia ciptakan perkataan 'bi' untuk 'baring'.

Sudah separuh dia minum, agaknya dia baru rasa susu tu sedap. So dia cakap ni, 'Hmm sedap. Terima kasih, Babuuu'. Lembut sangat nadanya.

Alahaiii, cair.

Ayah's little girl.

Maryam seorang yang peka terhadap barang-barang Ayah dia. Kasut Ayah, selipar Ayah, wallet Ayah, sunglasses Ayah, baju Ayah, topi Ayah, bla bla bla. Ada beberapa kali aku pakai sekejap selipar Ayah dia, nak angkat kain di jemuran je pun, dia sound aku, 'Ayah punya! Ayah punya!' sambil sibuk keluar dari rumah, sarung selipar dan datang dekat semata-mata nak tarik selipar tu dari kaki aku. Grr.

Apa-apa jua barang Ayah dia, jangan harap lah aku nak usik kejap... mesti ada suara keluar dari dia. Pantang. 

Sampaikan ada satu hari tu, kitorang keluar jalan-jalan dan dia nampak pokok kat luar tingkap kereta, dia cakap, 'pokok Ayah!'. 

Hmm ok.

Main baby-baby.

24.05.2015

Semalam kitorang pergi breakfast kat Kedai Nasi Minyak Eda Yasin. Maryam sekarang ni kalau kat kedai makan, dia tak nak duduk dalam baby chair dah. Dia nak berdiri atas kerusi macam kerusi yang kita duduk. Semalam kat kedai tu, ada baby chair comel lah. Tak se simple macam ikea punya. Yang ni ada corak-corak lah. Ayah dia berjaya buatkan dia nak duduk atas tu. 

Sudah habis kitorang makan, Ayah dia pergi bayar. Tugas aku lah dukung dia bawak ke dalam kereta. So, aku cam nak bergurau dengan dia. Aku buat lah dia macam baby. Aku main agah-agah dia. Hulur tangan nak dukung dan aku cakap, 'ala ala tomeyyy. auuuu cak'. Tak disangka-sangka dia pun nak bergurau dengan aku. Dia pura-pura buat macam baby. Dia buat suara manja-manja, merengek-rengek dengan kaki tangan berangkat sana sini. Macam baby excited bila kena agah.

Rupanya, bukan takat situ je drama dia. Dia melarat-larat sampai ke rumah. Dia baring atas riba aku dan cakap, 'jom main baby-baby'. Aku pun agah-agah la dia. Dia pun buat lah aksi baby excited. Lepas tu siap dia pergi amik puting kosong yang aku beli tapi dia tak nak. Dia buat hisap puting tu dan ajak lagi, 'jom main baby-baby'.

Pfftttttttttttttt. 

School & work.

Maryam seorang kanak-kanak yang kebanyakkan masanya susah nak tidur. Dia suka menggaru-garu dulu, dia suka menyanyi-nyanyi dulu, dia suka sembang-sembang dulu. Tiap kali nak tidurkan dia, mesti ada 'perang dingin' antara aku dengan dia.

Salah satu cara aku selalu cakap kat dia adalah, 'Tidur lah Maryam. Esok nak school. Ibu nak work'. Dia akan cakap balik, 'schooooool'. Perkataan 'work' dia tak pernah lagi sebut. Maybe lidah belum sampai seru.

Satu malam tu, bila dah lama tak sembang dengan dia time nak tidur (kerana lately cuaca panas, dia layan menggaru je taknak sembang!), aku pun cakap..

'Tidur lah Maryam. Esok Maryam nak pergi mana?'

'Schhhooooooool', jawab dia muncung sambil guling badan sana sini. 

'Ibu nak pergi mana?' Aku cuba.

'Babu work'. 

Ya Allah excited gila kot aku time tuuu. Sengih je sebab dia dah pandai sebut. Over tau.

Pocoyo.

20.05.2015

Malam tadi aku lepak sekejap dalam bilik. Actually nak kemas katil untuk tidur. Baringlah kejap since Maryam sibuk 'buat kerja' kat luar. Even televisyen tu dipasangkan cerita kartun, kalau tengah ralit 'buat kerja' lain, memang tak dilayannya. Menyedari ibunya tiada didepan mata dia, dia pun mencari dan sama sibuk masuk bilik. Tengah dia melompat-lompat di atas katil, terkeluarlah lagu 'Pocoyo' kat TV. Dia sebut Pocoyo sebagai Poyoyo.

'Poyoyo! Abam!', dia kasi tahu aku.

'Abang?!', aku soal dia. Abam a.k.a Abang yang sebenarnya, adalah kawan dia di taska. Sekarang ni dia asyik sebut nama Abam dan Kakak je kat rumah. Both ni adik-beradik kembar. Dulu kawan baik dia Fayyadh. Fayyadh still ada kat taska tapi tak tahu lah kenapa dah tak rapat? Haha, confuse aku. Ok, back to the story.

'Abang?!', aku soal dia.

'Eh eh, babu..., Poyoyo....'

Nak kena niii. 

Urut.

Dalam bilik. Waktu tidur.

Maryam menggaru-garu badannya. Tabiat dia. Nak tidur tapi nak layan menggaru. Aku seperti biasa, sapu garlic oil kat tapak kaki sebelum aku tidur. Orang banyak angin, gitu ler gayanya. Sambil-sambil tu aku menjeling ke dia. Masih menggaru-garu cari 'tune'. Kemudian aku cakap, 'meh babu urut badan'. Serta-merta dia berhenti menggaru dan cakap 'yayy' sambil baring telentang.

Amboih.  

Prihatin.

Maryam seorang yang prihatin. Setiap kali aku lenguh-lenguh badan atau gatal-gatal badan dan aku tengah urut dan garu, dia akan datang dekat dan bertanya, 'mana?'.

Aku akan jawab, 'sini' sambil tunjuk tempat tu. Kemudian dia akan tempis tangan aku yang sedang mengurut/menggaru tadi dan tolong urutkan/garukan. Cukup dalam 2-4 kali dia urut/garu, dia berhenti dan cakap, 'dah, dah'. Cara dia cakap tu macam memujuk aku supaya lupakan tentang sakit dan gatal tu. Cara dia cakap tu macam dia dah settlekan kes aku. Tak reti gak aku nak explain tapi ibarat aku ni anak, dia tu mak.

Malam hari tu, aku gatal-gatal mata. So aku tanggal spek dan tenyeh-tenyeh manja mata aku. Dia apa lagi, 'mana?'. Aku jawab, 'sini'. Tak dan aku tunjuk tempat, dia tumbuk-tumbuk mata aku. Dua kali. Slow je tapiiii berasa senak gakk aaaaaa. Maybe dia tak sure macam mana nak tenyeh-tenyeh mata aku guna tangan dia.

Nice try, Maryam.

Cara tidurkan kanak-kanak.

Untuk beberapa malam ni, Maryam payah nak tidur kerana kepanasan. Badan berpeluh-peluh ibarat lari 100km. Kalau dia lena pun, kejap lagi mesti terjaga semula lalu menggaru-garu. Dah la lately kulit badan dia kering sangat. Mungkin tak sesuai dengan mandian baru yang aku hantar ke taska. Sebelum ni, ada masa-masa aku gunakan Buds dan Moogoo tapi tak lah continue setiap bulan kerana harga mereka aduhaiii pedih melihatnya. Lepas tu aku jumpa satu mandian yang without paraben dan sls/sles which is memang keutamaan aku bila mencari mandian. Malangnya tak sesuai pulak. Ini mendorong betul aku kepada membuat mandian baby sendiri. Hmm lari topik kejap.

So, sepanjang dia susah nak tidur tu, aku kebiasaannya akan serah tugas menidurkan dia kepada Ayahnya. Biasalah dia kalau dengan aku, dibuli-bulinya. So, satu malam tu, aku try satu cara yang tak pernah aku praktikkan lagi. Aku jadi tukang urut. Since kulit badan dia kering sangat, aku urut dia guna vco (minyak kelapa dara). Maka, bermulalah profession aku sebagai tukang urut malam tu. Sedang aku urut dia, aku terdengar suara berkeroh. Kroohhh, kroooh.

Tidur dah rupanya budak ni. Sedap la tuu.

Rutin pagi.

Rutin pagi aku. Sampai ofis, Maryam mesti nak ikut turun sekali. Kalau tak bawak, boleh tahan kuat dia menangis dalam kereta nanti. Dia nak naik ofis aku. Maybe seronok naik lif? Atau nak jadi juruiring aku. Atau nak pastikan betul ke tidak aku ni pergi kerja.

Pagi hari itu, aku cuba pujuk dia, suruh dia pergi terus ke taska dengan Ayah. Dia jerit, 'kasut, kasut!'.

So, kau faham la apa maksudnya.

Panggilan.

Handphone aku berbunyi. Maryam amik handphone tu dan kasi aku. 'Wak!', dia panggil. Lepas tu laju-laju tukar panggil, 'Babu!' (ibu).

Sometimes dia confuse. Aku ni 'wak' ke 'babu'. Sebab Ayah dia panggil aku, 'Wak' (awak).

-____-