Cara tidurkan kanak-kanak.

Untuk beberapa malam ni, Maryam payah nak tidur kerana kepanasan. Badan berpeluh-peluh ibarat lari 100km. Kalau dia lena pun, kejap lagi mesti terjaga semula lalu menggaru-garu. Dah la lately kulit badan dia kering sangat. Mungkin tak sesuai dengan mandian baru yang aku hantar ke taska. Sebelum ni, ada masa-masa aku gunakan Buds dan Moogoo tapi tak lah continue setiap bulan kerana harga mereka aduhaiii pedih melihatnya. Lepas tu aku jumpa satu mandian yang without paraben dan sls/sles which is memang keutamaan aku bila mencari mandian. Malangnya tak sesuai pulak. Ini mendorong betul aku kepada membuat mandian baby sendiri. Hmm lari topik kejap.

So, sepanjang dia susah nak tidur tu, aku kebiasaannya akan serah tugas menidurkan dia kepada Ayahnya. Biasalah dia kalau dengan aku, dibuli-bulinya. So, satu malam tu, aku try satu cara yang tak pernah aku praktikkan lagi. Aku jadi tukang urut. Since kulit badan dia kering sangat, aku urut dia guna vco (minyak kelapa dara). Maka, bermulalah profession aku sebagai tukang urut malam tu. Sedang aku urut dia, aku terdengar suara berkeroh. Kroohhh, kroooh.

Tidur dah rupanya budak ni. Sedap la tuu.